Tuesday, 17 March 2020

ABAH

Setelah sekian lama tak berblog, akhirnya aku ambil keputusan untuk coret luahan hati disini sahaja. Mungkin juga untuk luahkan rindu bagi mengubat rindu padanya.

Tak kusangka, tak ku duga. Kini tanggal 18/3/2020 abah telah pergi tinggalkan kami semua hampir seminggu. Abah pergi buat selamanya menghadap Allah Sang Pencipta pada waktu pagi dalam sekitar jam 7 pagi, 11/3.






Sungguh sampai sekarang aku masih merasakan ianya mimpi! Tapi bila kenang semula, semua itu telah berlaku dan ianya realiti. 😭😭😭😭  Tika ini pun aku masih menitiskan air mata bila mengenangkan raut wajah abah. Ateh minta maaf abah, banyak buat dosa dengan abah, gurau dengan abah yang kadang-kadang ateh tak tahu samada abah suka dengan gurauan tu atau abah kecil hati. Niat ateh nk bergurau cuma nak happykan abah je, tapi bila kenang balik ateh takut selama ni ateh bergurau mengundang kecil hati disudut hati abah sehingga hadirnya dosa dari seorang anak pada bapa nya.😭

Bila terkenangkan abah, semua kenangan ateh dengan abah terasa segar diingatan sejak dari kecil lagi. Dari kecil abg2 dan kakak2 aku selalu kata ank ni ank manja abah. Kalau pergi mana2 pun orang akan kata aku ank abah, sbb aku fotostat muka abah. Dari kecil berkepit dengan abah, walau tengah nangis pun aku akan sebut “ abah”. Beza kan dengan orang lain yang bila nangis masa kecil akan sebut “mak2.” .. Tapi aku lain.. kalau nangis je mesti akan sebut “abah...abah..”

Abah, saat ini Allah suruh abah rehat. Sudah cukup masa untuk abah berehat setelah mendidik kami adik beradik. Ketegasan abah dalam mendidik kami walaupun kami tak suka pada tika dulu itu lah yang memberikan hasil pada waktu kini.😔 Rehat lah abah dengan tenang disana. Semoga abah ditempatkan bersama kekasih Allah dan org beriman dan soleh.

Abah,

Abah,

Abah,

Abah,

Abah,

Ateh rindu abah....😭 Fateh pun rindu atok 😭

Ya Allah, kau haramkan lah abahku Zainal bin Ismail dari siksaan kubur dan haramkan lah juga dia dari jejak kaki ke api neraka mu. Tempatkan lah dia disyurga mu, jadikanlah kubur abah ku terang benderang,luas dan hiaskan lah kuburnya seperti taman syurga mu. Aminn.🥺

Yang merinduimu,
Ateh.

ABAH

Setelah sekian lama tak berblog, akhirnya aku ambil keputusan untuk coret luahan hati disini sahaja. Mungkin juga untuk luahkan rindu bagi m...